MYR
  • USD
  • TWD
  • IDR
WOOCS v.2.3.6.2
Dr. Irma Kongsi Rutin Penjagaan Ketiak Agar Kekal Segar Dan Bersih
Dr. Irma Kongsi Rutin Penjagaan Ketiak Agar Kekal Segar Dan Bersih

Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Irma Shida telah berkongsi rutin penjagaan ketiak untuk pastikan bahagian bawah lengan sentiasa segar dan bersih menerusi akaun Twitter milik beliau. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian warga laman sosial itu di mana ia mencatat lebih 7,000 ulang kicau dan 11,000 tanda suka.

Menurut Dr. Irma, kita sering kali terlepas pandang dan mengabaikan penjagaan bahagian bawah lengan. Hakikatnya, bukan kulit wajah sahaja yang perlu dijaga tetapi bahagian bawah lengan juga sama.

Berikut kami kongsikan rutin bagi memastikan ketiak anda kekal segar dan bersih sepertimana disarankan oleh Dr. Irma:

Gunakan oil cleanser/micellar water bagi menghilangkan peluh dan lebihan deodoran

Sebelum tidur, Dr. Irma menyarankan supaya menggunakan oil cleanser atau micellar water bagi membersihkan bahagian bawah lengan. Dengan ini, peluh dan juga lebihan deodoran yang menyumbat liang pori di bawah lengan dapat disingkirkan.

Skrub bahagian bawah lengan secara berkala

Langkah ini boleh dilakukan setiap hari tetapi penting untuk anda pastikan tekstur skrub yang digunakan adalah lembut. Ini bagi mengelakkan kulit di bahagian bawah lengan menjadi kering.
Dengan melakukan langkah ini, semua kulit mati akan dapat dibuang. Mereka yang mempunyai masalah ketiak gelap juga sangat disarankan untuk jadikan langkah ini sebagai rutin.

Sapukan penyegar (toner)

Sumber: Beauty MNL

Penyegar atau toner juga boleh digunakan pada bahagian bawah lengan terutama sekali yang mengandungi bahan aktif seperti alpha hydroxy acid (AHA) dan beta hydroxy acid (BHA). Langkah ini akan menjadikan bahagian bawah lengan lebih cerah, halus dan kekal segar.

Guna losen untuk lembapkan kulit bawah lengan

Dr. Irma juga menyarankan supaya menggunakan losen bagi mengatasi masalah kulit kering di bahagian bawah lengan. Selain penggunaan losen, anda juga boleh menggunakan deodoran yang berupaya untuk melembapkan kulit. Antara produk yang disarankan Dr. Irma adalah deodoran yang diformulasikan oleh beliau sendiri iaitu Deodorant Spray keluaran Dr. Irma Personal Care.

Selain mampu melembapkan kulit bawah lengan, Deodorant Spray ini menggunakan tawas sebagai bahan aktif di mana selepas penggunaannya, badan akan menjadi wangi semula jadi.

Deodorant Spray ini boleh didapati menerusi Shopee dengan harga RM13: shopee.com.my/irmashida/7841798864

Guna kaedah waxing atau epilator dan elakkan mencukur bulu ketiak

Kaedah waxing atau penggunaan epilator jauh lebih baik berbanding mencukur kerana ia akan membuang bulu dari akar. Mencukur bulu ketiak hanya akan membuatkan bulu tumbuh dengan kasar dan cepat. Satu lagi kelebihan kaedah waxing atau penggunaan epilator ini adalah bulu akan mengambil masa untuk tumbuh semula.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Untuk lebih banyak tips kecantikan dan penjagaan kulit, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirmashida.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Submit Your Review