MYR
  • USD
  • TWD
  • IDR
WOOCS v.2.3.6.2
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Kulit Tiba-Tiba Naik Jerawat? Doktor Ini Ada Jawapannya
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Kulit Tiba-Tiba Naik Jerawat? Doktor Ini Ada Jawapannya

Jerawat boleh dikatakan sebagai musuh semua orang tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Tiada siapa yang gembira apabila ‘Cik J’ menjadi tetamu yang tidak diundang pada wajah. Kemunculan jerawat pada wajah secara tidak langsung akan mengganggu tahap keyakinan seseorang.

Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Irma Shida telah berkongsi apa yang perlu dilakukan sekiranya jerawat tiba-tiba ‘mendiami’ wajah di akaun Twitter milik beliau sendiri. Tinjauan kami mendapati bahawa perkongsian tersebut telah berjaya meraih perhatian warga laman sosial itu sehingga ia meraih lebih 3,000 ulang kicau dan hampir 5,000 tanda suka.

Berikut kami kongsikan apa yang perlu dilakukan sekiranya jerawat yang tidak diundang tiba-tiba muncul pada wajah sepertimana yang dikongsikan oleh Dr. Irma Shida:

Ketahui puncanya terlebih dahulu.

Menurut Dr. Irma Shida, sebelum kita cari jalan penyelesaian, kita perlu tahu punca berlakunya jerawat itu terlebih dahulu. Mungkin jerawat tersebut muncul kerana tidur anda tidak mencukupi, stres atau anda ada cuba produk baharu dan ia tidak sesuai dengan kulit.

Selain itu, faktor makanan juga boleh menyebabkan kulit yang licin bak telur tiba-tiba dipenuhi jerawat.

Fokus pada penjagaan kulit asas.

BASIC SKINCARE ROUTINE

Ramai yang baru berjinak dengan skincare tapi terus jump into acid toner/acid serum.
Actually, you guys kena make sure yang basic skincare betul-betul strong dulu baru boleh add-on products with active ingredients. Apa tu basic skincare routine?

THREAD pic.twitter.com/PYVtuf30Nu

— Dr. Irma Shida (@drirma_ariandi) March 11, 2020

Daripada menggunakan pelbagai produk dalam satu masa, Dr. Irma Shida sarankan supaya biarkan kulit berehat terlebih dahulu. Anda hanya perlu fokus pada penjagaan kulit asas iaitu pencuci muka, toner, pelempab dan juga krim pelindung matahari. Tegas Dr. Irma Shida, kadang-kadang, less is more.

Jangan sesekali skrub muka anda.

Apabila wajah sedang mengalami fasa pertumbuhan jerawat, Dr. Irma Shida mengingatkan semua agar jangan sesekali menggunakan skrub. Biarkan jerawat surut terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Apabila jerawat tadi hanya tinggal parut, barulah boleh menggunakan skrub.

Jangan cuba produk baharu semasa mengalami fasa pertumbuhan jerawat.

Jangan sesekali cuba produk baharu semasa kulit sedang mengalami fasa pertumbuhan jerawat. Hal ini demikian kerana sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan kulit, maka jerawat yang sedia ada akan menjadi semakin teruk.

Jangan berjaga malam.

Ini mungkin kedengaran agak klise tetapi untuk dapatkan kulit licin tanpa jerawat, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Jangan sesekali berjaga malam dan mengeluh, “Kenapa muka tiba-tiba naik jerawat?”

Perhatikan apa yang anda makan.

Jelas Dr. Irma Shida, kadang-kadang, apa yang kita makan juga boleh menjadi salah satu faktor terjadinya masalah jerawat. Cuba untuk kurangkan pengambilan gula dan makanan berminyak. Sebaliknya, banyakkan makan sayur dan juga buah-buahan.

Sumber: Byrdie

Guna produk yang mengandungi acne-fighting ingredients.

Untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh menggunakan produk yang mengandungi acne-fighting ingredients seperti asid salisilik (salicylic acid), willow bark dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan jerawat.

Bagi mereka yang sudah mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah jerawat tetapi tidak berhasil, mungkin anda boleh mencuba Derm Purifier daripada Dr. Irma

Skincare. Ia mengandungi acne-fighting ingredients seperti asid salisilik (salicylic acid) dan juga ekstrak willow bark. Anda boleh dapatkan Derm Purifier pada harga RM89 di Shopee.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda semua untuk menangani masalah jerawat pada wajah. Untuk lebih banyak tips penjagaan kulit, anda boleh ikuti Dr. Irma Shida di Twitter dan Instagram.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Dr. Irma Skincare, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Instagram: instagram.com/drirmaskincare.malaysia

Twitter: twitter.com/drirmaskincare

Facebook: facebook.com/drirmaskincare

Sumber: Twitter Dr. Irma Shida

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Submit Your Review